 Blog For Free!
Archives
Home
2005 December
2005 August
2005 June
2005 May
2004 December
2004 July
My Links
::a|Bum GaMbAr::
::a|Bum GaMbAr 2::
::a|Bum GaMbAr 3:: *new
::MeSsAgE bOaRd::
UIA tercinta!!
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
***************
Lagu Rasmi GPMS
Timbulnya Gabungan Pelajar Melayu,
Setelah menempuh halangan,
Bahagia hendaknya memimpin pelajar,
Bagi ibu kandungan..
Kekal berpanjangan khidmat mulia,
Dengan tulus dan setia,
Cekal bersatu lambang kita,
Menuntut hingga berjaya...
***************
Mukadimah GPMS
SEDAR-Atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar-pelajar Melayu Semenanjung Tanah Melayu.
SEDAR-Akan kemunduran kami di alam pengetahuan.
SEDAR-Atas kewajipan kami untuk meningkatkan darjat pengetahuan bangsa.
SEDAR-Bahawa maju-mundur, kaya-miskin dan hina-mulianya bangsa itu ditangan kami
|
| GPMS UIAM... |
| 12.29.05 (1:21 am) [edit] |
Assalamualaikum semua..ape khabar? Pakcik harap semuanya berada dalam sihat dan sejahtera di bawah payung rahmat Allah. Tujuan pakcik mencoretkan nukilan ini adalah untuk memberi sedikit respons kepada senario yang kini hebat melanda pucuk pimpinan GPMS di peringkat kebangsaan. Apa yg dapat pakcik perkatakan ialah..pakcik amat² mengharapkan agara rakan² GPMS UIA khususnya dan yang lain², amnya, meneruskan niat dan usaha murni kita untuk membela nasib anak bangsa kita yg kian terabai dan semakin ketinggalan di kerancakan arus kemajuan bumi Malaysia. Pedulikan badai yg melanda di GPSM Kebangsaan kerana itu bukannya medan untuk kita masuk campur secara terus. Masih banyak lagi kerja yang patut kita laksanakan untuk membantu adik² kita itu. Pakcik amat²lah mengharapkan kerjasama daripada kalian semua. Buat pihak² yg tetap ingin mengambil tahu..dapatkan penjelasan terus daripada mereka yang arif, terutamanya pimpinan GPMS UIA. Jangan membuat serkap jarang, menimbulkan fitnah dan kekeliruan di kalangan ahli. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui jua..wallahualam
|
|
|
| |
| Program Untuk Semester II 2005/2006 |
| 12.07.05 (2:57 pm) [edit] |
|
Berikut adalah sebahagian daripada program yang Insya-Allah akan dijalankan pada semester ini:
- 15-17 Dis : Perdana Global Peace Forum di PWTC
- 19-23 Dis : Kaunter Pendaftaran/Promosi GPMS UIA
- 27 Dis &nbs p; : Perhimpunan Mahasiswa Melayu UIAM Sem II 05/06
- 31 Dis - 1 Jan: Kursus Perkaderan dan Pemantapan Exco
- Lain²:
- Kursus Perkaderan dan Pemantapan Ahli GPMS UIA
- KKP di Terengganu dan lawatan muhibbah ke GPMS KUSTEM
- KKP di sekitar Gombak (cadangan : SMK Sg. Pusu)
- Motivasi bersama Rumah Anak² Yatim
- Camping dan Group Binding (cadangan di FRIM Kepong)
p/s: Tertakluk kepada perubahan. Jika ada sebarang perubahan, akan dimaklumkan kemudian. Kepada ahli² yang punyai sebarang cadangan atau pun mahu mengadakan program motivasi di sekolah yang dikenalpasti berminat, sila hantarkan email ke gpms_uia@yahoo.com atau pun terus kepada pimpinan GPMS UIA. Terima kasih..
|
|
|
| |
| PROGRAM GPMS UIAM YANG AKAN DATANG |
| 08.26.05 (10:10 am) [edit] |
|
1. Mesyuarat Agung Tahunan GPMS UIAM 2005
2. Kem Kecemerlangan Pelajar SMK Sungai Pusu &nb sp; &nbs p;
3. Kursus Asas Fasilitator GPMS UIAM
4. Kem Kecemerlangan Pelajar SMK Sri Gombak
5. Majlis Berbuka Puasa & Solat Hajat Semester 1,
Pihak pimpinan akan mengadakan mesyuarat pada 29 September 2005 (Isnin) bertempat di LR 2.2, Kulliyyah Ekonomi, UIAM. kepada seluruh ahli GPMS UIAM diwajibkan hadir.
|
|
|
| |
| WELCOME TO GPMS |
| 06.28.05 (10:36 pm) [edit] |
|
Seluruh Pimpinan Tertinggi
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) UIAM
ingin mengucapkan
SELAMAT DATANG KE KELUARGA GPMS UIAM
Kepada semua AHLI BARU GPMS UIAM.
Semoga dengan kedatangan Saudara/saudari akan dapat menguatkan lagi PERJUANGAN kita dalam pempertahankan kedaulatan
PENDIDIKAN ANAK-ANAK MELAYU
"BELAJAR TERUS BELAJAR"
|
|
|
| |
| Semester 1, 2005/2006 |
| 06.28.05 (5:55 pm) [edit] |
|
FAMILY DAY GPMS2005
Assalamualaikum kepada semua shabat GPMS UIA, Family day gpms akan diadakan pada 21 OGOS 2005 ini Hari Ahad, di Taman Tasik Titiwangsa, KL. Sila berkumpul di Tangga Besar jam 7.00 Pagi. Sila Bawa bersama baju persalinan dan KAIN BATIK (sisters) & KIAN PELIKAT (brothers). Jumpa anda disana.
|
|
|
| |
| Laporan... |
| 05.24.05 (7:30 pm) [edit] |
|
Baik lah..seperti yang pakcik janjikan, pakcik akan beri serba sedikit laporan mengenai beberapa program yang telah dianjurkan/disertai GPMS caw. khas UIA sejak awal semester 3 ini.
[1] Awal² semester lagi (minggu pertama) telah diadakan satu program kepimpinan untuk adik² pemimpin (pengawas, pustakawan, ketua darjah, ketua society etc.) dari Sekolah Kebangsaan Bukit Indah. Program diadakan di Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat. Sepanjang program selama 3 hari 2 malam ini, para peserta diwajibkan tidur di dalam khemah. Tapi cuaca kurang menyebelahi pada malam kedua apabila hampir semua peserta terpaksa tidur di dewan kerana hujan lebat pada sebelah petang mengakibatkan kebanyakan khemah ditenggelami air..mengangis adik² tu takde baju nak pakai, abis semua basah. Ahli GPMS UIA yg menghadiri program yang diadakan pada hari Rabu hingga Jumaat ini (terpaksa ponteng kelas wo!!) mostly terdiri daripada adik² yang baru seperti Yamin, Basit, Razak, Mastura, Izan, Fahmi, Labib. Overall, program ini memang best di samping dapat memberikan pengalaman pertama kepada adik² kita utk menjadi fasi.
[2] GPMS UIA juga seperti lazimnya telah membuka booth untuk pendaftaran ahli² baru, dan pada kali ini, jumlah pendaftaran awal amat memberangsangkan! Kira-kira 180-200 orang telah mendaftar..alhamdullilah. Booth dibuka di Kulliyyah Sains dan Kemanusiaan di bawah seliaan Saodah selaku director booth dan Razak sebagai assistant director..syabas diucapkan!! Dan lanjutan daripada itu, Perhimpunan Mahasiswa Melayu(PMM) UIA kali ke-3 telah diadakan di Conference Room, Kulliyyah of Law. GPMS UIA amat berbangga kerana pada kali ini majlis telah dihadiri oleh Presiden GPMS, Datuk Suhaimi Ibrahim..terima kasih Datuk!
[3] GPMS UIA juga telah menyertai Larian Belia Benci Dadah anjuran Majlis Belia Malaysia di Dataran Merdeka. Walaupun tidak memenangi hadiah bagi larian tersebut (camne nak menang..participant kebanyakannye budak² ATM n Polis!), GPMS UIA tidak pulang dengan tangan kosong kerana ada yang telah memenangi hadiah cabutan bertuah..heheh. Ramai yang 'pancit' hari tu..al-maklum laa, dah lama tak test stamina.
|
|
|
| |
| Perhimpunan Mahasiswa Melayu UIA II |
| 12.15.04 (7:42 pm) [edit] |
Alhamdulillah..malam tadi GPMS UIA telah berjaya menganjurkan Perhimpunan Mahasiswa Melayu UIA kali ke-2 dengan jayanya. Perhimpunan yang diadakan sebagai kesinambungan daripada pembukaan booth bagi pengambilan ahli² baru GPMS ini telah dihadiri kira² 100 orang yg terdiri daripada ahli² lama dan juga bakal² ahli GPMS UIA. Pakcik amat lah bersyukur kerana dalam usia yang bakal genap setahun pada malam 31 Disember ini, GPMS UIA telah berkembang pesat walaupun bermula hanya dengan kurang 10 orang ahli.PMM malam tadi telah dihadiri oleh tiga orang VIP yang tidak asing lagi iaitu Abang Zambri Mat Isa, Abang Jais Abdul Karim, dan juga Abang Irmohizam (juga merupakan Pegawai Khas kepada Datuk Shafiee Salleh, Menteri Pengajian Tinggi). Kesemua VIP ini juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi GPMS Kebangsaan. Dalam ucapan kesemua VIP ada menyelitkan bahawa perjuangan demi membela bangsa Melayu masih jauh, dan kesemuanya terletak di dalam tangan kita sendiri. "Jatuh bangun, kaya miskin, dan hina mulianya bangsa Melayu itu terletak di tangan kita sendiri". Semoga ucapan dan kata² perangsang daripada abang² kita yang juga merupakan bekas graduan² UIA dalm bidang perundangan ini akan dapat membakar semangat kita semua..Allahuakbar!!
p/s: sukacita dimaklumkan kepada ahli² [b]GPMS[/b] yg "senior" (pakcik tak berapa suka pakai perkataan ni..tapi terpaksa la. Kepada adik² dan saudara² baru GPMS harap tak terasa ya..?), sila hadirkan diri anda ke meeting pada hari Rabu depan (22/12/2004) pukul 8 malam di LT 2.5 Econs bagi membincangkan mengenai Kursus Asas Fasilitator yg bakal kita adakan Januari 2005. Harap maklum...
|
|
|
| |
| Perhimpunan Mahasiswa Melayu UIA |
| 12.14.04 (7:39 pm) [edit] |
|
Assalamualaikum.. bertemu lagi kita di blog ini. Hmm..di sini pakcik cuma ingin memaklumkan kepada semua bahawa Perhimpunan Mahasiswa Melayu UIAM (PMM) anjuran kita GPMS UIA akan diadakan pada 15 Disember 2004, pukul 8 malam. Ingin dimaklumkan bahawa venue PMM ini telah diubah daripada Kulliyyah Economics ke LT B, Kulliyyah of Law. Diharap anda semua dapat memberikan perhatian kepada perubahan ini. Diharapkan juga agar semua ahli GPMS UIA dapat turun bersama-sama memeriahkan majlis ini. Penganjuran majlis ini bertujuan untuk memperkenalkan GPMS dengan lebih lanjut kepada ahli serta bakal ahli² GPMS UIA, khususnya, dan kepada pelajar melayu UIA, amnya.
Pakcik juga ingin memberitahu bahawa pakcik dah tambah satu lagi album gambar untuk GPMS UIA. Sila lihat di bahagian kiri blog ini (::a|Bum GaMbAr 2::). Pakcik dah bubuh gambar² terbaru program GPMS UIA. Antaranya gambar booth GPMS di HS, Persidangan Agung tahunan GPMS Kebangsaan, dan dinner "Malam Semarak Perjuangan" di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya anjuran GPMS.
Lagi satu, pakcik nak bagitau..InsyaAllah lepas ni ahli GPMS UIA akan bertambah ramai. Jadi, hari tu telah dibuat keputusan bahawa sebarang program, meeting GPMS UIA akan diumumkan di blog ini. Jadi, pakcik harap agar anda semua akan alert dan slalu² lah kunjungi blog ini untuk mendapatkan makluman terkini. Jangan la nak tunggu orang call bagitau ader program jer wokeh? Nanti kot abis duit GPMS UIA untuk call ahli panggil ke meeting jer.. pakcik sendiri akan cuba seberapa boleh meng update blog ni..InsyaAllah. 8)
|
|
|
| |
| Booth GPMS |
| 12.09.04 (8:35 pm) [edit] |
|
Assalamualaikum semua..sepanjang minggu ni GPMS UIA telah membuka booth bertempat di Kulliyah of Human Sciences a.k.a HS. Booth ini dibuka bertujuan untuk mempromosi GPMS di kalangan pelajar UIA dan seterusnya mendapatkan ahli² baru bagi memperkasa GPMS di bumi UIA yg memerlukan banyak kudrat untuk menjayakan program yg telah diatur sepanjang semester. Lanjutan daripada itu, GPMS UIA seterusnya akan mengadakan Perhimpunan Mahasiswa Melayu UIA(PMM) pada hari Rabu depan (15/12/2004). Berdasarkan sumber terkini, venue telah diubah daripada Kuliyyah Econs ke Kulliyyah Law. Maklumat PMM ni akan diumumkan kemudian.
|
|
|
| |
| GPMS UIA Gempur SMK Padang Tembak |
| 07.24.04 (7:58 pm) [edit] |
|
Pada 23 - 24 Julai 2004 GPMS UIA telah pun menganjurkan Kem Kecemerlangan Pelajar bersama pelajar-pelajar tingkatan 5 SMK Padang Tembak di Kuala Lumpur. hampir 280 peserta yang terlibat dalam program tersebut. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan GPMS UIA yang telah menjyakan program tersebut. Tahniah diucapkan kepada Sdri. Ida Husna di atas kejayaan menganjurkan program tersebut. Insyaallah, selepas ini kita akan berjumpa di program yang akan datang iaitu di SMK Seksyen 18 Shah Alam. :D
|
|
|
| |
| Sejarah Penubuhan GPMS |
| 07.19.04 (10:30 pm) [edit] |
[b]GPMS[/b] (Gabungan Pelajar melayu Semenanjung)ditubuhkan pada tahun 1948 dalam satu konvensyen pelajar Melayu dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu, yang diadakan pada 14-15 Ogos 1948 di Kuala Lumpur. Satu jawatankuasa sementara telah dibentuk oleh lima orang mahasiswa daripada Kolej Raffles dan Kolej Perubatan King Edward, Singapura. Mereka diketuai oleh Aminuddin Baki, Abdul Wahab Arif, Mohd Noor Marahakim, Abdullah Majid dan Siti Hasmah Mohd Ali, seorang siswi perubatan. Selepas pendudukan Jepun, tanah Melayu mula bergolak dan sejak itulah kesedaran kebangsaan semakin menjadi kenyataan; maka lahirlah GPMS berpaksikan kesedaran bangsa Melayu.
Secara umumnya GPMS disasarkan untuk memperjuangkan kepentingan golongan pelajar Melayu dan agama Islam serta menjadikan saluran rasmi pelajar-pelajar Melayu pada masa itu untuk memperjuangkan kebangkitan semangat kebangsaan iaitu Nasionalisme. Bagi merealisasikan matlamat perjuangan GPMS, pelbagai perancangan telah dibuat dan telah dilaksanakan dari masa ke semasa
|
|
|
| |
| Cameron Highlands in memory... |
| 07.19.04 (8:19 pm) [edit] |
Pada 9-11 July lepas, [b]GPMS UIA [/b]bersama-sama [b]GEMADA[/b] (Gabungan Mahasiswa Dinamik Pulau Pinang) telah pergi ke [b]Cameron Highlands [/b]untuk satu program yg dinamakan [b]"Program Jalinan Kasih". [/b]Program 3 hari 2 malam ni diadakan dengan tujuan untuk mengukuhkan hubungan antara persatuan, dan juga hubungan antara ahli²nyer. Program ini juga diadakan untuk mencari jalan bagi memantapkan struktur organisasi, di samping membincangkan program2 yang bakal diadakan kelak. Penginapan para peserta diadakan di dua tempat iaitu [b]Shahzan Inn [/b]dan juga [b]Camlodge[/b]. Walaupon terletak berdekatan, tapi untuk sampai ke [b]Shahzan Inn[/b], di mana segala program diadakan, memang semput dada semua penghuni [b]Camlodge[/b] kerana [b]Shahzan Inn [/b]terletak di puncak bukit, manakala [b]Camlodge [/b]terletak di bawah, di tengah² pekan [b]Tanah Rata.[/b] Program ni dihadiri oleh dua VIP yang tak asing lagi iaitu [b]Pak Shukor [/b](Pengarah BTN) dan juga [b]Abg Jais[/b] (Sekretariat Pendidikan GPMS Kebangsaan). Setelah dibuat research secara rambang, didapati bahawa ramai peserta yang memilih segmen [i]"sharing moments"[/i] sebagai segmen yg paling best. Mane taknyer, kat sini la diorang nak tau kisah suka duka antara satu sama lain yg tak pernah diketahui sebelum ini..secara tak lansung membolehkan semua peserta mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi. Abis sume tisu2 kat meja makan gara² penangan [i]"sharing moments"[/i] ni!!! Ape² pon, program ni memang la best sangat². Diharap la korang sumer dapat input dan manfaat dari program ni. Lepas ni, kalau selisih kat maner2 jer tegur2 laa..bak kata YDP kiter, [b]Abg Akob[/b], [i]"Kita suma ni dah macam satu family".[/i]
p/s: beli bunga banyak2, tapi sudahnye layu dan kering. nasib baik ader cactus beli 6= RM10. ader la sket tanda kenang2an kt Cameron. :lol:
|
|
|
| |
| Nota pertama... |
| 07.19.04 (12:46 am) [edit] |
Assalamualaikum semua..ahlan wa sahlan dan selamat datang ke blog yang dibuat khas untuk [b]GPMS UIA [/b]khususnya, dan visitor² lain amnyer..Blog ni dibuat secara suke²..bukannye sebagai website khas [b]GPMS UIA[/b], just untuk meng'inform'kan anda semua mengenai citer² terbaru [b]GPMS UIA [/b]dan juga citer ahli²nyer..So, lepas ni rajin² la melawat blog ni ek?? korang boleh chat, post commen kat blog nih. Secara tak lansung, kiter leh kuatkan lagi ikatan ukhuwwah antar kiter semua..[i]Insya-Allah[/i]
p/s: pasni, kalau ader ape² nak sampaikan ke, nak berhubung ker, bagi cadangan ker..bleh antar kat email ni [b]gpms_uia@yahoo.com[/b]
|
|
|
| |
|
email : gpms_uia@yahoo.com
=======================
MAJLIS TERTINGGI GPMS CAW. KHAS UIA 2005-2006
Yang Di-Pertua: Mohamed Shamir b. Abdul Aziz Tim. YDP: Mohd Fared b. Faizal Tan Naib YDP 1: Noorizal b. Zakaria Naib YDP 2: Hisyamuddin b. Mohd Naib YDP 3: Nor Faizah bt. Samingon Setiausaha: Nurtasnim bt. Abd Rahman Naib Setiausaha: Sulaihah bt. Salim Bendahari: Huzaifah bt. Adnan Naib Bendahari: Farehan Aida bt. Mohamed Ketua Penerangan: Mohd. Razzif b. Jahidin
=======================
~::Sejambak kasih, sekalung tahniah..budi kalian hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya...::~
Majlis Tertinggi GPMS caw. khas UIA 2004-2005
Yang Di-Pertua: Mohd. Azhar bin Ismail Tim. YDP: Mohamed Shamir bin Abd. Aziz Naib YDP 1: Mohd Shazwan bin Abd Rahim Naib YDP 2: Ida Husna bt. Hedzir Naib YDP 3: Noor Syafazlin Aida Bidres Setiausaha: Noorasiah bt Saleh Naib Setiausaha: Salmah bt Darjad Bendahari: Wan Aimi bt. Wan Ibrahim Naib Bendahari: Huzaifah bt. Adnan Ketua Penerangan: Mohd Taha
=======================
-[ChAt z0Ne]-
=======================
-[ViS|tOr nO.]-
::Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu lain dibukakan. Akan tetapi kita selalu terpaku lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan untuk kita::
|